Hubungi Sekolah Menengah Kebangsaan SIK

Foto saya
Tel: 044695278 - Fax: 044692982

Jumaat, 12 Jun 2009

Organisasi SMK SIK

Pengetua : Tuan Haji Omar bin Muhammad
PK 1 : Encik Abdul Manaf bin Ismail
PK H.E.M. : Encik Ismail bin Arshad
PK Ko-Kurikulum: Encik Mohamad Razis bin Mat Din
GK Kemanusiaan: Puan Zuraida binti Abdul Rahman
GK Sains & Matematik: Encik Asfawasin bin Zainuddin
GK Bahasa: Puan Zainab binti Jantan
GK Teknik & Vokasional: Encik Azizan Bin Saad

Visi dan Misi SMK Sik


VISI SEKOLAH

SMK SIK MENJADI ANTARA LIMA SEKOLAH ELIT TERBAIK DI NEGERI KEDAH PADA 2010.
---------------------------------------------------

MISI SEKOLAH

1] Memantapkan keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran kurikulum

2] Mempertingkatkan professionalisme guru dan staf

3] Memantapkan budaya dan kemahiran belajar serta
mempertingkatkan semangat daya saing

4] Mempertingkatkan iklim persekolahan yang ceria,
selamat dan kondusif

5] Menjalinkan dan mengeratkan hubungan baik antara
warga sekolah, waris, komuniti dan agensi luar

Lagu Rasmi Sekolah

ILMU PANDUAN HIDUP
-
ILMU PANDUAN HIDUP
DIJULANG SETIAP MASA
SMK SIK BERJAYA
MENABUR JASA
-
NILAI MURNI DITERAP
ILMU SERTA AMAL DISERAP
MODAL INSAN TEGUH
CABARAN DIREMPUH
-
MISI DAN VISI DIJULANG
NAMA TERBILANG
TINGKATKAN USAHA TERANCANG
MENGGAPAI BINTANG
-
ILMU PANDUAN HIDUP
DIJULANG SETIAP MASA
SMK SIK BERJAYA
MENABUR JASA
MENYEMAI CITA
MENUJU JAYA
-
Ciptaan: Cikgu Mohd Yusuf bin Aziz

Ikrar Pelajar

BAHAWASANYA KAMI
WARGA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIK BERIKRAR,
AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
DENGAN SEPENUH HATI KAMI
SEBAGAI PELAJAR YANG BERDISIPLIN DAN BERWAWASAN
UNTUK MENCAPAI ARAH TUJU YANG CEMERLANG
  • Patuh kepada suruhan Allah dan Rasul
  • Taat kepada ibu bapa dan guru
  • Manjadi pelajar yang berketerampilan dan bermotivasi
  • Sentiasa tanamkan sikap rajin dan usaha, untuk mencapai kejayaan
  • Sentiasa peka terhadap matlamat, visi teknologi negara.

Ikrar Pelajar Ciptaan: Mohamad Nabzrol Mat Nayan

Sejarah SMK Sik

-----Pada tahun 1966, menandakan bermulanya detik bersejarah bagi SMK SIK kerana pada tahun itu, SMK SIK telah memperolehi bangunan sendiri di tapak tetap sekarang. Sebelum ini SMK SIK menumpang di SRJK (C) Chung Hwa dan SRK Kampung Dusun. tapak tetap ini letaknya 1.5 kilometer dari Pekan Sik dan ia mempunyai keluasan seluas 19 ekar. SMK SIK sempurna dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah D.K, SPMK, PSB yang ketika itu sebagai Pemangku Sultan Kedah, pada tanggal 18hb. Mei 1971 bersamaan 23 Rabiulawal 1391. Pusat Sumber Pendidikan ataupun lebih dikenali sebagai PUSPA telah dirasmikan pada 23 Oktober 1983 bersamaan 17 Muharam 1404. PUSPA dirasmikan olehYang Berhormat Dato' Zainol Abidin Johari DSDK, KMN, BKM, PPN, PJK, JP.
-
-----Pada peringkat awal penubuhannya, dari segi perkembangan fizikal sekolah ini hanya mempunyai 4 buah kelas. 3 buah kelas untuk aliran Melayu dan sebuah kelas lagi untuk aliran Inggeris. Antara tahun 1965 - 1980an, SMK SIK mempunyai 2 buah blok dengan 7 kelas, sebuah Makmal Sains, sebuah Bengkel Seni Perusahaan, sebuah Bilik Lukisan Teknik dan 2 buah Bilik Sains Rumah Tangga. Seterusnya beberapa buah blok telah ditambah secara berperingkat sehingga sekarang mempunyai 8 buah blok. Sehingga tahun 1979, sekolah ini hanya memberi pendidikan dalam jurusan Sastera sahaja tetapi mulai tahun 1980, Kementerian Pelajaran telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kelas aliran Sains, maka sejak itu bermulalah aliran Sains di SMK SIK.Kemudian beberapa tahun kebelakangan ini SMK SIK juga telah memperkenalkan aliran Agama untuk tingkatan 1 hingga 5 dan Syariah untuk tingkatan 6. Kini, untuk tingkatan 1 hingga 3 terdapat aliran Agama dan Khas, tingkatan 4 hingga 5 terdapat aliran Sains Tulin, Teknologi, Kemanusaiaan, Akaun dan Agama manakala tingkatan 6 pula terdapat aliran Sains dan Sastera.
---
-----LENCANA SEKOLAH - Berdasarkan rupa bentuk lencana SMK SIK, terdapat 3 objek yang dipilih sebagai lambang sekolah iaitu roda jentera, kertas tulis dan pena serta burung. Ketiga-tiga objek ini mempunyai fungsi yang sesuai untuk "world wiew" dan latar belakang sekolah serta persekitarannya. Roda Jentera melambangkan pembangunan Sains Teknologi kerana matlamat sekolah adalah memberipendidikan asas teknologi kepada pelajar-pelajarnya. Kertas Tulis bersama Pena pula melambangkan kesediaan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang sentiasa memberi penekanan dan perhatian berat pengajaran dan pembelajaran. Burung dipilih kerana burung mempunyai sifat-sifat kegigihan dan kebebasan yang patut dicontohi. selain itu ia juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu itu sebenarnya adalah bebas dan boleh diperolehi di mana-mana jua di muka bumi ini seperti peribahasa: "Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan".